• Saff-One merupakan sebuah kumpulan nasyid di bawah
syarikat rakaman Telaga Biru Sdn. Bhd. Ditubuhkan dengan nama
‘Saff-One’ pada tahun 2000.
• Dulunya dikenali sebagai ‘Mustika’ sewaktu
bernaung di bawah syarikat Pelangi Zaman Sdn. Bhd. Edaran
Ambang Klasik Sdn. Bhd. (1998)
• Selain Saff-One, kumpulan nasyid yang bernaung di
bawah Telaga Biru Sdn. Bhd adalah seperti Saujana, Nur Irsyad,
Aura dan Amar.
• Sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM),
Mereka bergiat aktif dalam nasyid kumpulan Nahwan Nur dan
menerbitkan 5 buah album seperti ‘Amanat’ (1992),
‘Monolog’ (1993), ‘Persada Nurani’
(1994), ‘Dikala Hati Bercahaya’ (1995) dan ‘Terlerai
Kabus Di Terbit Fajar’ (1996)
• Saff-One adalah gabungan 2 perkataan bahasa Arab dan
Inggeris yang bermaksud ‘Satu Barisan’ –
Perjuangan di dalam arena nasyid di dalam satu barisan.
• Finalist ANUGERAH INDUSTRI NASYID 2003 (AIM2003) bagi
kategori album nasyid terbaik.
• Telah terbit dengan 2 buah album penuh iaitu ‘Di
Syurga Menanti’ (2002), album ‘Emas Awanan’
(2003) dan sebuah album kompilasi terbaik : Sandaran Cinta
(2005).
• Pada peringkat awal, jualan album ‘Di Syurga
Menanti’ melebihi 15, 000 unit. Suatu pencapaian yang
baik bagi sebuah kumpulan nasyid baru ketika itu.
• Jualan album ‘Emas Awanan’ pula telah
mencecah 10, 000 unit setelah 3 minggu berada di pasaran.
PENGLIBATAN DALAM ALBUM KOMPILASI
• Mustika – album kompilasi ‘Pilihan Terbaik
Nasyid (1997), Terbitan Pelangi Zaman dan Edaran Ambang Klasik
Sdn. Bhd.
• Mustika - album ‘Keamanan’ (1999),
• ‘Telaga Biru Special’ (2001), Terbitan
Telaga Biru Sdn. Bhd. Edaran BMG Sdn. Bhd.
• Kompilasi terbaik : Sandaran Cinta (2005)