ENJOY NASYID !

 

PROFIL SAFF-ONE


 

• Saff-One merupakan sebuah kumpulan nasyid di bawah syarikat rakaman Telaga Biru Sdn. Bhd. Ditubuhkan dengan nama ‘Saff-One’ pada tahun 2000.
• Dulunya dikenali sebagai ‘Mustika’ sewaktu bernaung di bawah syarikat Pelangi Zaman Sdn. Bhd. Edaran Ambang Klasik Sdn. Bhd. (1998)
• Selain Saff-One, kumpulan nasyid yang bernaung di bawah Telaga Biru Sdn. Bhd adalah seperti Saujana, Nur Irsyad, Aura dan Amar.
• Sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Mereka bergiat aktif dalam nasyid kumpulan Nahwan Nur dan menerbitkan 5 buah album seperti ‘Amanat’ (1992), ‘Monolog’ (1993), ‘Persada Nurani’ (1994), ‘Dikala Hati Bercahaya’ (1995) dan ‘Terlerai Kabus Di Terbit Fajar’ (1996)
• Saff-One adalah gabungan 2 perkataan bahasa Arab dan Inggeris yang bermaksud ‘Satu Barisan’ – Perjuangan di dalam arena nasyid di dalam satu barisan.
• Finalist ANUGERAH INDUSTRI NASYID 2003 (AIM2003) bagi kategori album nasyid terbaik.
• Telah terbit dengan 2 buah album penuh iaitu ‘Di Syurga Menanti’ (2002), album ‘Emas Awanan’ (2003) dan sebuah album kompilasi terbaik : Sandaran Cinta (2005).
• Pada peringkat awal, jualan album ‘Di Syurga Menanti’ melebihi 15, 000 unit. Suatu pencapaian yang baik bagi sebuah kumpulan nasyid baru ketika itu.
• Jualan album ‘Emas Awanan’ pula telah mencecah 10, 000 unit setelah 3 minggu berada di pasaran.

PENGLIBATAN DALAM ALBUM KOMPILASI

• Mustika – album kompilasi ‘Pilihan Terbaik Nasyid (1997), Terbitan Pelangi Zaman dan Edaran Ambang Klasik Sdn. Bhd.
• Mustika - album ‘Keamanan’ (1999),
• ‘Telaga Biru Special’ (2001), Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Edaran BMG Sdn. Bhd.
• Kompilasi terbaik : Sandaran Cinta (2005)

 

free website hit counters
free website hit counter

Copyright © 2005 Saffone. All rights reserved.
fauzansaffone@yahoo.com