Make your own free website on Tripod.com

 ENJOY NASYID !

INFO ALBUM - tAHuKaH AnDa ?

  Lagu 'Di Syurga Menanti' adalah satu-satunya lagu pertama album SaffOne yang mendapat sentuhan komposer dari Singapura. Lagu paling cepat rakaman suara disiapkan adalah lagu 'Di kamar Sepi' dan 'Rembulan Kesiangan' - 2 lagu dalam satu malam hasil kelolaan komposer terkenal abg. S Atan. Hasilnya? ...not bad!:). Intro melodi lagu 'Istighfar' pada mulanya mendapat sentuhan purcussionist Steve Thornton akhirnya terpaksa dilupakan apabila petikan piano melodi programing Firdaus secara spontan dan tak sengaja untuk 'guide' Steve dah cukup 'touching'..hehe.

  Lagu 'Rayuan Nurani' adalah lagu pertama sumbangan Munif Hijaz dalam album Saffone..TQ Munif!:). Lagu 'Perlukah aku khabarkan' yang termuat dalam album Emas Awanan adalah lagu versi ke-2 sebab 'key' versi pertama tinggi sangat. Solo tak dapat bawa...huuaaah...versi asal lagi sedap arr :(. Lagu 'Terangkan Hati' sebenarnya adalah lagu rakyat Negeri Sembilan.

  Saffone terkejut semasa recording lagu 'Sandaran Cinta'. Lirik baru ditukar disaat-saat akhir.. tu yang kurang feel tu..cewwah!:). 'Kembali padaMu 2005' telah diberi nafas baru dari segi kemasan muziknya..dedikasi dari komposer lagu tersebut, sdr. Traby. Lagu 'Camar Kelukaan' sebenarnya mendapat inspirasi daripada lagu Ning baizura-'Awan Terpilu'..hehe..tak caya?:)

* Sebarang komen, idea, pendapat atau kritikan membina yang boleh dikongsikan bersama, emailkan kepada :

fauzansaffone@yahoo.com

 

ALBUM SAFF-ONE


  Album terbaru Saffone merupakan album kompilasi terbaik Saffone yang berjudul 'Sandaran Cinta'. Album ini menghimpunkan 14 buah lagu. Menampilkan 2 buah lagu baru berjudul 'Sandaran Cinta' dan 'Camar Kelukaan', Album ini telah berada di pasaran pada pertengahan bulan Ogos 2005 yang lalu...

Seterusnya...

'Emas Awanan' adalah judul album kedua Saffone. Diterbitkan pada tahun 2002. Di dalam album ini mengandungi 10 buah variasi lagu-lagu baru yang menarik. Album edaran Life Record ini mengenengahkan ramai komposer terkenal menjadikan album ini sebagai karya menonjolkan lagu-lagu nasyid yang pelbagai.

Seterusnya...

Album sulung saffone berjudul 'Di Syurga Menanti' ini diterbitkan pada penghujung tahun 2000. Album berkonsepkan kontemporari nusantara ini membariskan lagu-lagu nasyid lama yang diberi nafas baru di samping lagu-lagu baru yang bersesuaian dengan konsep album ini. Percubaan album ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Sesuatu permulaan yang baik bagi sebuah kumpulan baru ketika itu... (preview)

Seterusnya...

free website hit counters
free website hit counter
 

Copyright © 2005 Saffone. All rights reserved.
fauzansaffone@yahoo.com